|
Program Lawatan Ke Negeri Pantai Timur
Tarikh : 30hb Mac – 02hb April 2007
Tujuan Lawatan :
·
Untuk mengeratkan
hubungan silaturahim antara ahli-ahli MUBARAK serta sebagai lawatan
balas bagi MUBARAK Negeri Pahang dan Kelantan
·
Selain itu, juga
menjemput ahli-ahli MUBARAK di negeri yang dilawati untuk Majlis
Jamuan Makan Malam pada 23hb Jun 2007 nanti.
|
 |
|
Bacaan doa sebelum bertolak oleh Datuk Hj. Abdul Azis
|
|
Berikut adalah tempat-tempat yang dilawati mengikut jadual program
:- |
|
|
|
Tempat Pertama : Segamat, Johor
·
Antara yang hadir
menyambut rombongan MUBARAK Negeri Melaka ialah Datuk Osman Jais, YB.
Dr. Subramaniam dan Hj. Ali
·
Sambutan di buat di
Restoran RZ, salah satu restoran yang terkenal di Segamat.
·
Jamuan makan
tengahari yang dihidangkan ialah nasi beriani.
|
 |
 |
|
Bacaan doa sebelum
jamuan makan tengahari
|
Dari kiri : Datuk Osman Jais, Datuk Jaafar, Datuk
Noordin dan Tuan Hj. Ali
|
 |
|
Bergambar beramai-ramai bersama Datuk Osman Jais dan YB. Dr.
Subramaniam
|
|
Tempat Ke-2 : Bandar Muadzam Shah, Pahang
·
Disambut oleh En.
Jalaluddin, pembantu khas dan sebagai wakil kepada Dato’ Dr.
Jamaluddin Bin Jarjis
·
Rombongan
dihidangkan dengan laksa pahang
|
 |
 |
|
Ucapan selamat
datang oleh En. Jalaluddin
|
Ucapan dari ketua
rombongan MUBARAK Melaka
|
 |
 |
|
Penyampaian
cenderahati untuk Rombongan MUBARAK Melaka
|
Tidak lupa juga
cenderahati untuk Pemandu Pelancong
|
 |
|
Gambar kenangan di Bandar Muadzam Shah
|
|
Tempat Ke-3 : Bandar Kuantan, Pahang
·
Rombongan MUBARAK
disediakan penginapan di Hotel Vistana, Kuantan
·
Makan malam di buat
di Anex dan dihadiri oleh Timbalan Menteri Besar Pahang, Datuk Tan
Aminudin, Datuk Speaker, Yang DiPertua dan AJK MUBARAK Pahang serta
En. Ramly Bin Radin, Setiausaha Kerja.
·
Sepanjang program
ramah mesra berjalan pada malam tersebut, salah seorang pemain viola
mengalami serangan sakit jantung dan segera dibawa ke hospital namun
beliau telah meninggal dunia sejurus tiba di hospital.
·
Rombongan MUBARAK
Melaka sebulat suara bersepakat untuk mengutip derma dari setiap
ahli rombongan dan didermakan kepada balu arwah tersebut.
|
 |
 |
|
Isteri En. Nazari dan dua anak beliau turut serta
dalam rombongan ini
|
Datuk Hj. Ramli dan Datuk Hj. Kasim bersama pasangan
masing-masing
|
 |
 |
|
Bergambar beramai-ramai bersama Timbalan Menteri Besar Pahang dan
Yang DiPertua MUBARAK Pahang, Dato’ Hj Abdul Jabbar serta Ahli
Jawatankuasanya
|
Sumbangan dari MUBARAK Melaka kepada wakil kepada balu Allahyarham,
Y.Bhg Puan Melati yang disampaikan oleh Datuk Hj Jaafar Lajis
|
|
Tempat
Ke-4 : Kemaman, Terengganu
·
Rombongan disambut
oleh Hjh Rohani, Pembantu Khas kepada YB. Tuan Ahmad Shabery Bin
Cheek di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kemaman.
·
Turut hadir dalam
program ramah mesra tersebut ialah Pegawai Penerangan serta
Penganalisis Islam Hadhari berbangsa Cina.
·
Rombongan MUBARAK
Melaka dihidangkan dengan nasi dagang dan keropok lekor, antara
makanan yang terkenal di dalam dan luar Terengganu
|
 |
 |
|
Ucapan wakil YB
Tuan Ahmad Shabery, Hjh Rohani |
Ahli rombongan
menjamu selera dengan nasi dagang dan keropok lekor
|
 |
 |
|
Penyampaian
cenderahati dari MUBARAK Melaka oleh Datuk Hjh Fatimah
|
Datuk Lim Soo Kiang
dan isteri bersama Hjh Rohani dan Pegawai Penganalisis Islam Hadhari
|
|

|
|
Bergambar bersama Hjh Rohani dan Ahli Jawatankuasa Parlimen Kemaman
|
|
Tempat Ke-5 : Dungun, Terengganu
·
YB. Dato’ Rosli Bin
Mat Hassan turut serta dalam jamuan makan tengahari menyambut
ketibaan rombongan MUBARAK Melaka.
·
Sambutan dan makan
tengahari rombongan dibuat di premis milik YB. Dato’ Rosli.
·
YB. Dato’ Rosli
tidak dapat bersama menjamu selera jamuan makan tengahari tersebut
kerana beliau terpaksa bertolak ke Kuala Lumpur dengan segera
disebabkan urusan penting.
|
 |
 |
|
Ucapan ringkas oleh
YB. Dato’ Rosli
|
YB. Dato’ Rosli
berangkat pulang selepas upacara penyampaian cenderahati
|
 |
|
Ahli rombongan dan YB. Dato’ Rosli Mat Hasan bergambar beramai-ramai
sebelum menjamu selera
|
|
Tempat Ke-6 : Pengkalan Keropok Losong,
·
YB. Datuk Rahim dan
wakil-wakil dari Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu tidak dapat
hadir bersama dalam program ramah mesra yang bertempat di Pengkalan
Keropok Losong.
·
Rombongan MUBARAK
disambut oleh wakil YB. Datuk Abd. Rahim dan En. Musa merupakan
pengurus di Pengkalan Keropok Losong tersebut yang menjadi salah
satu tempat kunjungan dan tarikan pelancong di Terengganu
·
Rombongan dihidangi
dengan jamuan minum petang berupa keropok lekor dan sotong ikat.
|
|
Tempat Ke-7 : Hotel Primula Beach Resort, Terengganu
·
Rombongan
disediakan tempat penginapan di Hotel Primula, sumbangan dari YAB.
Menteri Besar Terengganu yang kebetulan hadir jemputan pernikahan
kerabat diraja yang juga diadakan di hotel Primula pada malam
tersebut.
·
Makan malam juga
dibuat di ruang makan hotel yang disambut oleh Dr. Ramziz, Yang
DiPertua MUBARAK Terengganu, Dato’ Ahmad Sidi, En. Muhamad Pehime
dan Hj. Shafee Bakar. YAB. Menteri Besar tidak dapat bersama dengan
rombongan MUBARAK kerana majlis pernikahan tamat pada lewat malam.
·
Rombongan juga
disambut dengan tarian tradisional Terengganu dan nyanyian DJ Hotel
Primula.
|
 |
 |
|
En. Nazari terserempak dengan YB. Dato Dr. Abdullah Bin Md Zin di
lobi Hotel Primula
|
YAB. Menteri Besar bersua sebentar dengan rombongan MUBARAK sebelum
ke majlis pernikahan
|
 |
 |
|
YAB. Menteri Besar
sempat bergambar bersama sebelum ke majlis pernikahan kerabat diraja
|
Penyampaian
cenderahati dari MUBARAK Negeri Melaka
|
 |
 |
|
Datuk Jaafar dan
En. Nazari bersua kembali dengan YAB Menteri Besar selepas selesai
majlis pernikahan tersebut
|
Datuk Jaafar, En.
Nazari dan Dato’ Ahmad Sidi
|
 |
|
Bergambar bersama Dr. Ramziz selepas majlis makan malam
|
|
Tempat Ke-8 : Restoran Terapung, Terengganu
·
Sebelum bertolak ke
Besut, rombongan MUBARAK Melaka di bawa ke Restoran Terapung untuk
minum pagi yang turut dihadiri sekali lagi oleh Yang DiPertua
MUBARAK Terengganu, Dato’ Ahmad Sidi
·
Setiap ahli
rombongan menerima cenderahati dari MUBARAK Terengganu.
·
Prof. Madya Dr. Hjh Hanipah berangkat
pulang ke Melaka selepas selesai program ramah mesra di sini untuk
menghadiri perasmian penting di UTEM
|
 |
 |
|
Datuk Jaafar B.
Lajis menjamu selera ditemani YDP Terengganu dan Ahli
Jawatankuasanya
|
Datuk Ng Ah Poi dan
isteri berbual sesuatu dengan AJK MUBARAK Terengganu
|
 |
 |
|
Datuk Hj Jaafar
Lajis menerima cenderahati kecil
|
MUBARAK Terengganu
menerima cenderahati sempena lawatan MUBARAK Melaka
|
 |
 |
|
MUBARAK Terengganu menerima cenderahati dari Datuk Hjh Fatimah
|
Tidak lupa juga peserta jemputan dalam rombongan, Prof. Dr. Hjh
Hanipah Binti Husin
|
 |
|
Bergambar beramai-ramai bersama Yang DiPertua MUBARAK Terengganu dan
Ahli Jawatankuasanya
|
|
Tempat Ke-9 : Besut, Terengganu
·
Rombongan MUBARAK
Melaka telahpun bersua dengan YB. Dato Dr. Abdullah Bin Md Zin
semasa di lobi Hotel Primula. Beliau telah memaklumkan akan dapat
bersama dengan ahli rombongan bila sampai di Besut.
·
Sambutan di buat di
gerai makan milik adik ipar kepada YB. Dato Dr. Abdullah.
|
 |
 |
|
YB. Dato’ Dr.
Abdullah menyambut ketibaan tetamunya
|
YB. Dato’ Dr.
Abdullah sedang berbual dengan Yang DiPertua MUBARAK Melaka melalui
perbualan telefon
|
 |
 |
|
Ucapan dari Ketua
Rombongan
|
YB. Dato Dr
Abdullah juga menyampaikan ucapan
|
 |
|
Bergambar bersama YB.Dato Dr. Abdullah Bin Md Zin dan isteri
|
|
Tempat Ke-10 : Kediaman Ahli Parlimen Bachok, Kota Bharu
·
Rombongan tiba
lewat di kediaman Ahli Parlimen Bachok, YB. Dato’ Awang Adek yang
dapat bersama ahli rombongan dalam masa yang singkat oleh kerana
beliau akan bertolak ke Putrajaya.
·
Upacara penyampaian
cenderahati disampaikan dulu oleh Datuk Lim Soo Kiang sebelum YB.
Dato’ Awang Adek bertolak.
|
 |
 |
|
Ketibaan para
rombongan
|
Yang Berhormat
berbual sebentar dengan Ketua Rombongan
|
 |
 |
|
Penyampaian
cenderahati
|
Setiausaha Kerja
dan keluarga bergambar bersama di tepi pantai berdekatan kediaman
Ahli Parlimen Bachok
|
 |
|
Bergambar di dewan bersebelahan kediaman Ahli Parlimen Bachok
|
|
Tempat Ke-11 : New Horizon Garden Restoran, Kota Bharu, Kelantan
·
Pada belah petang,
rombongan beriadah di Bazaar Majlis Perbandaran Kota Bharu sebelum
bertolak ke Hostel Sri Cemerlang untuk menginap. Penginapan
disumbangkan oleh Y.Bhg Dato’ Mohd Rozali Bin Isohak.
·
Sambutan dan jamuan
makan malam untuk rombongan MUBARAK Melaka di adakan di New Horizon
Garden Restoran
·
Selepas makan malam,
rombongan dijemput hadir ke rumah Dato’ Mohd Rozali untuk sesi ramah
mesra
|
 |
 |
|
Ucapan oleh Yang DiPertua MUBARAK Kelantan, Dato’ Hj Ahmad
Shahibuddin Bin Md Nor
|
Ahli rombongan MUBARAK Melaka tekun mendengar ucapan Yang DiPertua
MUBARAK Kelantan
|
 |
 |
|
Cenderahati dari
MUBARAK Kelantan untuk rombongan MUBARAK Melaka
|
Cenderahati dari
rombongan MUBARAK Melaka untuk MUBARAK Kelantan
|
 |
|
Bergambar bersama Dato’ Hj Ahmad Shahibuddin Bin Md Nor dan Dato’
Mohd Rozali Bin Isohak
|
|
Tempat Ke-12 : Kediaman Y.Bhg Dato’ Mohd Rozali Bin Isohak
·
Pada awal pagi Ahad,
rombongan MUBARAK Melaka singgah di kediaman Dato’ Mohd Rozali untuk
minum pagi sebelum bertolak ke Kuala Krai.
·
Rombongan
dihidangkan dengan kuih-muih dan nasi dagang
·
Salah seorang
peserta rombongan yang juga merupakan anak Datuk Noordin Bin Yaani
cedera di lengannya kerana terjatuh dan dibawa ke klinik sebelum
rombongan bertolak ke Kuala Krai.
|
 |
 |
|
Peserta rombongan
menjamu sarapan pagi berupa nasi dagang dan kuih-muih
|
Ucapan ringkas oleh
Ketua Rombongan
|
 |
|
Tempat Ke-13 : Pejabat Parlimen Kuala Krai, Kelantan
·
Rombongan tiba
lewat di tempat lawatan seterusnya iaitu di Pejabat Parlimen Kuala
Krai namun YB. Tuan Hj Mohamad Razali Bin Che Mat bersama ahli
jawatankuasanya setia menunggu menyambut ketibaan rombongan.
·
Setiap ahli
rombongan menerima cenderahati berupa topi berlambangkan Parlimen
Kuala Krai.
|
 |
 |
|
Temuramah wartawan
akhbar tempatan bersama YB. Tuan Hj Mohamad Razali sambil
diperhatikan oleh Datuk Jaafar Lajis
|
Rombongan MUBARAK
Melaka menerima cenderahati berupa topi
|
 |
 |
|
Cenderahati untuk
Ahli Parlimen Kuala Krai sempena sambutan dan sumbangannya
|
Ucapan ringkas oleh
YB. Tuan Hj Mohamad Razali
|
 |
|
Tempat Ke-14 : Kesedar Inn, Gua Musang
·
Rombongan disambut
oleh YB. Dato’ Romzy Bin Ab. Rahman dan majlis diadakan di Kesedar
Inn di Gua Musang. Walaupun rombongan tiba lewat dari waktu yang
ditetapkan namun pihak dengan sabar menunggu ketibaan pihak kami.
·
Semasa majlis
menjamu selera sedang berjalan, pemandu bas mendapati terdapat
kebocoran pada salah satu tayar belakang dibelah kiri bas. Oleh
kerana pada hari tersebut Negeri Kelantan cuti sempena Hari
Keputeraan Sultan Kelantan, maka pemandu bas terpaksa memasang
sendiri tayar sampingan dengan cara manual.
·
Perjalanan
rombongan tertangguh selama 2 jam menyebabkan tempat lawatan di Raub
dan Kuala Lumpur terpaksa menunggu sehingga ketibaan kami namun
telah dimaklumkan terlebih dahulu alasan kelewatan.
|
 |
 |
|
Pemandu bas
berusaha menukar tayar gantian dalam keadaan hujan
|
Cenderahati untuk
YB. Dato’ Romzy Bin Ab. Rahman
|
 |
|
Tempat Ke-15 : Rumah Rehat di Raub, Pahang
·
YB. Abdul Aziz Bin
Mat Kiram menunggu dan menyambut ketibaan rombongan MUBARAK Negeri
Melaka walaupun tiba lewat iaitu jam 8.00 malam dari waktu yang
dijadualkan iaitu pada jam 4.00 petang
·
Rombongan MUBARAK
Melaka menerima cenderahati dari pihak YB. Datuk Abdul Aziz berupa
sebakul buah-buahan untuk diagih-agihkan kepada peserta rombongan.
|
 |
 |
|
Ucapan selamat
datang dari wakil YB. Abdul Aziz Bin Mat Kiram
|
AJK MUBARAK Melaka
bersama wakil YB. Abdul Aziz mula menjamu selera
|
 |
 |
|
Cenderahati dari
wakil YB. Abdul Aziz kepada rombongan MUBARAK
|
 |
|
Bergambar bersama wakil dan AJK YB. Abdul Aziz Bin Mat Kiram
|
|
Tempat Ke-16 :
Restoran Riverside, Putra World Trade Centre (PWTC)
Majlis Penutup
oleh wakil Pemangku Presiden MUBARAK Malaysia,
Datuk Jaafar Bin
Hamzah.
·
Rombongan disambut oleh Y.Bhg Datuk Jaafar Hamzah, En. Aziz Bin
Yassin serta beberapa Ahli Jawatankuasa MUBARAK Wilayah dengan
gembira walaupun rombongan tiba lewat.
·
Y.Bhg
Dato’ Abu Zahar Bin Nika Ujang yang asalnya menunggu ketibaan
rombongan terpaksa minta diri pada petang sebelum ketibaan rombongan
kerana beliau ada jemputan lain pada waktu malam tersebut.
|
 |
 |
|
Datuk Jaafar Lajis
dan En. Aziz Yassin
|
Ucapan dari Datuk
Jaafar Lajis
|
 |
 |
|
Cenderahati untuk
MUBARAK Wilayah Persekutuan |
Cenderahati untuk
MUBARAK Malaysia melalui wakil Dato’ Abu Zahar Nika Ujang |
|
 |
|
Bergambar bersama Datuk Jaafar Hamzah dan En. Aziz Yassin |
|