|
LATAR BELAKANG
PROGRAM
Program lawatan yang bermula 8 hingga 11 Jun lalu
membabitkan 36 peserta termasuk urus setia dan anggota keluarga
MUBARAK. Ia di ketuai Datuk Jaafar Lajis membabit 5 negeri iaitu
Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Antara matlamat
besar adalah untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan di kalangan
ahli MUBARAK, bertukar pandangan serta memperjuangkan kebajikan
ahli. Program adalah rentetan lawatan ke pantai timur yang telah
dilaksanakan April lalu membabitkan Johor, Pahang, Terengganu,
Kelantan serta penyudahnya di Wilayah Persekutuan.
Tujuan lawatan juga antara lain bagi membawa amanat Ketua
Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rostam yang berutuskan salam
setiap destinasi selain membawa undangan ke Majlis Malam Jasamu
Dikenang anjuran MUBARAK Melaka pada 7 Julai 2007 yang bakal
dirasmikan TYT Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob.
ROMBONGAN
BERTOLAK
Semua perserta berkumpul di pejabat MUBARAK sebelum
memulakan perjalanan pada jam 8.20 pagi. Upacara bacaan doa
disempurnakan oleh Datuk A. Samad Kasim diikuti taklimat ketua
rombongan serta setiausaha kerja Nazari Adzim. Perjalanan diteruskan
ke destinasi pertama Kediaman Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr.
Mohd Khir Toyo.
|
|
 |
|
CABARAN
AWAL
Namun
kelancaran perjalanan sedikit tercalar sekaligus melewatkan masa
perjalanan lebih sejam apabila berlaku kerosakan bas di bahagian
‘hos radiator’ 1 kilometer memasuki lebuh raya Elite.
|
|
 |
|
Kebijaksanaan Datuk Ng Ah Poi mencari jalan penyelesaian berjaya
membuat peserta rombongan menarik nafas lega. Akhirnya perjalanan
diteruskan.
|
|
ROMBONGAN TIBA DI
RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR
Meskipun tiba lewat sejam dari masa yang telah dijadualkan
jam 11 pagi rombongan MUBARAK Melaka disambut dengan penuh ramah
mesra oleh menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan
isteri.
|
|
 |
 |
|
Antara tokoh ahli
MUBARAK Melaka yang telah sampai awal adalah Tan Sri Aziz Tapa,
Setiausaha MUBARAK Datuk Haji Md Di dan Datuk Nordin Yaani.
|
|
 |
|
Antara perkara
penting membawa amanat Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali
Rostam yang menyampaikan salam kepada Menteri Besar Selangor.
Antara Petikan Ucapan Menteri Besar Selangor
”saya sentiasa mengalu-alukan kunjungan MUBARAK ke
negeri Selangor bukan sahaja dari Melaka malah dari negeri-negeri
lain agar dapat kita bertukar pandangan demi kemajuan kita”
”saya ibaratkan kunjungan MUBARAK Melaka cukup penuh
bermakna bagaikan kunjungan orang tua menziarahi anak”
”kalau
Melaka ada Tan Sri Aziz Tapa kami di Selangor ada Tan Sri Aishah
Ghani, kedua-dua tokoh ini saya amat sanjungi kerana mereka antara
yang mencorakkan kemerdekaan negara”
|
|
 |
|
Selain itu Selangor
turut berkongsi beberapa idea yang bakal di laksanakan di negeri itu
antaranya rumah bagi pasangan yang baru berkahwin. Mereka hanya
perlu membayar RM 1,500 setahun serta skim pengurusan jenazah
berjumlah RM 2,000 bagi keluarga yang kurang berkemampuan dengan
mendaftar di mana-mana balai polis dengan hanya bayaran RM 10.
|
|
MUBARAK
BERTANDANG KE PERAK -
DESTINASI KEDUA
8 Jun, Seramai 34 peserta rombongan
terdiri dari kalangan Majlis Bekas Wakil Rakyat MUBARAK Negeri
Melaka mengadakan sesi lawatan ke negeri Perak sebagai meneruskan
program lawatan intergrasi MUBARAK ke negeri-negeri utara yang
membabitkan 5 negeri, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan
Perlis.
Menurut
setiausaha kerja MUBARAK Nazari Adzim, Perak adalah destinasi kedua
setelah kunjungan hormat ke kediaman rasmi Menteri Besar Selangor,
Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo pada hari yang sama sebelah paginya.
Menyambut
ketibaan rombongan MUBARAK Melaka ialah Yang DiPertua MUBARAK Perak
Datuk Yahya Zakaria yang kemudiannya meraikan tetamu di majlis makan
malam di salah sebuah hotel terkemuka di negeri Perak yang di taja
Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.
Pada
majlis ini rombongan yang disertai bekas-bekas exco Negeri Melaka
kemudianya saling bertukar-tukar pandangan demi kemajuan bersama.
Ketika
menyampaikan ucapan YDP MUBARAK Perak Datuk Yahya Zakaria yang
mewakili Menteri Besar, banyak berkongsi hal yang berkaitan dengan
industri pelancongan negeri Perak.
Menurutnya,
“Seperti Melaka, Perak juga kaya dengan tempat-tempat menarik yang
menjadi tarikan pelancong antaranya Gua Tempurung, hutan paya bakau
yang tercantik dan tertua di dunia serta akua laut peranginan yang
meyediakan hotel-hotel terbaik”.
Mengenai
perkembangan MUBARAK, Perak kini sedang mempraktikkan beberapa
organisasi di bawah MUBARAK membabitkan Majlis Bekas Wakil Rakyat,
Majlis Datuk-Datuk, Majlis Permuafakatan NGO serta Pemegang Pingat
Jaksa Pendamai (JP).
Hadir
sama pada majlis tersebut Setiauasaha Politik kepada Perdana Menteri
Datuk Osman Desa dan Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Datuk Azman
Mahlan.
|
 |
 |
|
Bergambar bersama ahli MUBARAK Perak
|
YDP MUBARAK Perak Datuk Yahya Zakaria menerima
cenderahati daripada Datuk Jaafar Lajis sambil disaksikan setiausaha
kerja MUBARAK Nazari Adzim |
 |
 |
|
Ahli MUBARAK Melaka dan Perak beramah
mesra, turut serta Datuk Osman Desa
|
Naib YDP MUIBARAK Melaka Datuk Fatimah
Ahmad dan Datuk Yahya Zakaria ketika majlis makan malam
|
|
Sebaik selesai majlis makan tengahari dan sesi
bergambar di Selangor rombongan meneruskan perjalanan ke Ipoh, Perak.
Hampir jam 7.30 malam rombongan tiba di hotel
penginapan yang ditaja Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli
Ghazali.
Detik paling bermakna majlis makan malam yang
diraikan Yang DiPertua MUBARAK Perak Datuk Yahya Zakaria yang
mewakili menteri besar Perak yang tidak dapat turut serta atas
urusan rasmi.
Turut mewarnai majlis Pengerusi Permuafakatan NGO
Perak Datuk Azman Mahlan serta ahli-ahli jawatan kuasa.
Antara yang unik di negeri Perak, mereka
menggabungkan beberapa organisasi di bawah MUBARAK. Ia membabitkan
Majlis Bekas Wakil Rakyat, Gagungan Permuafakatan NGO, Majlis
Datuk-Datuk Negeri Perak serta Pemegang pingat Jaksa Pendamai (JP).
Seperti Melaka, Perak juga kaya dengan beberapa
tempat menarik antaranya gua tempurung, hutan paya bakau tercantik
di dunia serta akua laut peranginan yang menyediakan antara hotel
terbaik di dunia.
Peserta Rombongan turut diperlawa ke tempat-tempat
tersebut namun keadaan masa tidak mengizinkan.
|
|
SINGGAH SEBENTAR DI
PULAU PINANG
Pada keesokan harinya rombongan meneruskan perjalanan
ke Pulau Pinang dan menyambut ketibaan rombongan MUBARAK Melaka
adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Seri Abdul Rashid
Abdullah serta ahli MUBARAK Pulau Pinang.
|
 |
 |
|
Sebaik selesai
makan tengahari bersama kedua-dua pihak mula bertukar-tukar
pandangan. |
|
Antara petikan ucapan Timbalan Ketua Menteri Pulau
Pinang,
”Politik
umno Pulau Pinang dan Melaka begitu banyak berkait di mana Datuk
Seri Mohd Ali Rostam menjadi bapa angkat kami”
”Kami
sentiasa perlukan panduan justeru kami perlu menjalinkan hubungan
yang erat apatah lagi menjelang pilihan raya umum akan datang”
|
|
 |
|
SETERUSNYA KE
NEGERI PERLIS
Setiap negeri yang dilawati masing-masing ada cara
tersendiri melayan tetamu. Di Perlis rombongan yang tiba pada
sebelah petangnya disambut Yang DiPertua MUBARAK Perlis Datuk
Selamat Saat lalu membawa rombongan satu bas menjamu selera hidangan
paling popular di negeri Perlis iaitu laksa.
|
 |
 |
|
Sebelah malam ketika majlis makan malam wakil Perlis
menyampaikan ucapan salam Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan
Kassim yang tidak dapat bersama kerana berada di luar negeri.
|
 |
 |
|
Ucapan bagi pihak MUBARAK Perlis disempurnakan
Timbalan YDP MUBARAK Perlis Datuk Talib Ali.
|
|
Antara yang boleh dikongsi "kalau di Melaka ada asam
pedas kami di Perlis ada Laksa dan kalau dating ke Perlis tak makan
laksa tak sah"
Antara yang penting diperbincangkan menyentuh soal
kebajikan ahli MUBARAK yang terumbang ambing selepas tidak lagi
dalam kerajaan. Ada yang mendakwa segelintir ahli mubarak terpaksa
menjadi pemandu teksi dan menjual teh tarik.
Justeru dengan kewujudan MUBARAK setiap negeri
diharap mampu mencorakkan ahli MUBARAK agar terus proaktif
berganding bahu bersama kerajaan.
Sebelum ke Langkawi rombongan bermalam di salah
sebuah pusat penginapan yang disediakan Menteri Besar di jeti Kuala
Perlis.
|
|
LANGKAWI DESTINASI
MENARIK
Memang
menyeronokkan setelah beberapa hari di atas bas rombongan berpeluang
menaiki feri ke Pulau Lagenda Langkawi.
|
 |
 |
|
Hujan yang agak lebat membataskan perjalanan kami
yang dijadualkan melawat beberapa tempat menarik.
|
|
 |
|
Sebagai alternatif
peserta di bawa ke pusat membeli belah kerana Langkawi terkenal
dengan pulau bebas cukai jadi sebahagian barangannya lebih jika
dibandingkan dengan tempat lain.
Di Langkawi
rombongan menginap di Istitut pertubuhan peladang yang menyediakan
penginapan yang cukup selesa buat 36 peserta rombongan.
|
|
ALOR STAR PELENGKAP
LAWATAN
Setelah semalam di Langkawi rombongan menaiki semula
feri untuk ke destinasi terakhir iaitu Bangunan Umno Kedah yang
terletak di Alor Star.
|
|

|

|
|
Rombongan di sambut
YDP MUBARAK Kedah Tan Sri Azhari Taib yang juga penasihat badan
perhungan umno kedah.
Berusia 83 tahun
beliau juga antara tokoh paling lama dalam perjuangan umno di negeri
Kedah yang juga boleh dianggap pejuang menuntut kemerdekaan.
Beliau banyak yang
banyak menceritakan semangat serta jerit payah pejuangan dahulu
membangkitkan semangat peserta rombongan.
Menurutnya orang
orang Kedah banyak termakan budi orang Melaka ketika berjuang
menuntut kemerdekaan yang diketuai Tuanku Abdul Rahman sekitar tahun
1946 hingga 1955.
|
|

|

|
|

|
|
Sebelum kembali ke Melaka peserta rombongan di bawa
melawat Muzium Padi yang bernilai RM 25 juta hasil ilham pelukis
korea utara yang menghadiahkannya kepada Tun Dr Mahathir Mohammad
ketika menjadi perdana menteri.
Rata-rata peserta
terpegun dengan muzium yang tidak terdapat di negeri-negeri lain.
Uniknya pelawat seakan-akan berada di puncak bukit dan dapat melihat
pemandangan seluruh negeri Kedah yang kaya terkenal dengan jelapang
padi.
Jam 6 petang rombongan pulang ke Melaka dan tiba di
pejabat MUBARAK Melaka tepat jam 3 pagi.
|
|
|