SELAMAT DATANG KE GERBANG INFOMASI MUBARAK NEGERI MELAKA - TERUS BERKHIDMAT

 

 

 

 SEJARAH PENUBUHAN MUBARAK

 

DALAM KENANGAN:

 

ALLAHYARHAM TAN SRI DATUK WIRA HJ. ABDUL RAZAK BIN HJ. ALIAS

.

Allahyarham Tan Sri Datuk Wira Hj. Abdul Razak Alias telah memulakan karier politiknya dengan menjadi ahli pada 1956 ketika menjadi seorang guru pelatih. Titik tolak dari situ, beliau telah berjaya mengembangkan Karier politiknya dengan memegang jawatan-jawatan berikut:

  1. Ketua UMNO Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka                     Tahun 1964 - 1985

  2. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah, Melaka  Tahun 1973 - 1985

  3. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka                       Tahun 1972- 1973

  4. Ketua Pergerakan UMNO Malaysia Alor Gajah                            Tahun 1989 - 1993

  5. Pengerus Tetap UMNO Bahagian Alor Gajah                              Tahun 1994

.

Di atas sumbangan dan sokongan berterusan kepada Parti UMNO Barisan Nasional di Peringkat Bahagian dan Negeri, beliau telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tabuh Naning, Melaka selamat tiga penggal bermula dari tahun 1997 sehingga 1982. Beliau dilantik menjadi ahli Exco Negeri Melaka pada tahun 1978 sehingga 1982 dan kemudiannya dilantik pula menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka pada tahun 1982 sehingga tahun 1986. Sepanjang perkhidmatannya sabagai ahli politik beliau telah dianugerahkan pingat-pingat dan bintang seperti PBM, AMN, DSM, DCSM dan PBB oleh Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Persekutuan.

 

Selain dari itu, beliau pernah berkhidmad dalam banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan sukarela seperti Pertubuhan Peladang Kawasan dan Negeri, Persatuan IbuBapa dan Guru Sekolah Rendah dan Menengah, Kelab Belia, Perkim, Syarikat Kerjasama Serbaguna (Koperasi) peringkat kampung, daerah dan Negeri Melaka dari tahun 1960 sehingga tahun 2000 dan juga lembaga masjid kampungnya. Kebanyakan badan-badan tersebut beliau telah menjadi pengerusinya.

 

Allahyarham telah mengasaskan penubuhan Majlis Bekas Wakil Rakyat ( MUBARAK) di Negeri Melaka pada tahun 1993 dan kemudiannya mengasaskan pula penubuhan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Malaysia pada tahun 1998. Sebagai pengasas, beliau telah diberi penghormatan menjadi Presiden MUBARAK Malaysia dan Yang Di Pertua MUBARAK Negeri Melaka dan berterusan hingga ke akhir hayat. Pertubuhan tersebut dianggotai oleh Bekas-Bekas Yang Berhormat dari Senat, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri termasuk Bekas Ketua Menteri / Timbalan Ketua Menteri, Menteri Besar / Timbalan Menter Besar, Menteri / Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Exco. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 15 Julai 2006 akibat penyakit yang dihadapinya. Pemergiannya secara mengejut merupakan satu kehilangan yang sukar untuk dicari ganti. Sebagai mengenang jasa besarnya itu marilah kita menghadiahkan bacaan 'Umul Kitab' Al-Fatihah............Semoga Allah SWT menempatkannya dikalangan roh-roh suci dimana syurga adalah ganjarannya.

 

 
TARIKH TAHUN PERKARA
6 Mei 1997

Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Melaka ditubuhkan dalam satu majlis perjumpaaN di Bilik Gerakan Seri Negeri, Jalan Hang Tuah, Melaka. Majlis Bekas Wakil Rakyat kemudiannya menjadi pengasas kepada penubuhan Majlis MUBARAK Malaysia.

30 Oktober

 

1998

 

Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Malaysia ditubuhkan

dalam satu perjumpaan di Dewan Theaterette, Bangunan Yayasan Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka yang dirasmikan oleh YB. Datuk Wira Mohd. Ali Rustam, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia.

1 November 1999 Majlis Bekas Wakil Negeri Terengganu ditubuhkan.
27 April 2000

Majlis Bekas Wakil Rakyat diluluskan pendaftarannya dengan sijil 476/2000

30 Mei 2000 Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Pahang ditubuhkan.
18 Oktober 2000 Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Perak ditubuhkan.
10 Januari 2001 Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Perlis ditubuhkan.
11 Januari 2002 Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Kedah ditubuhkan.
11 Januari 2001 Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Pulau Pinang ditubuhkan.
12 Januari 2001 Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Selangor ditubuhkan.
13 Januari 2001 Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Sembilan ditubuhkan.
26 Januari 2001 Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Kelantan ditubuhkan.
19 Januari 2001 Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Johor ditubuhkan.
5 Mac 2003 Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Sabah ditubuhkan
5 Mac 2001

Mesyuarat A gung Khas Pindaan Perlembagaan MUBARAK Malaysia di Tingkat 39, lbu Pejabat UMNO Malaysia M enara Dato' Onn' menyelaraskan supaya MUBARAK Malaysia mengikut contoh perlembagaan UMNO dengan mempunyasi satu badan induk manakala negeri-negeri menjadi cawangan selepasi ni. Semua negeri yang menubuhkan persatuan dengan pendaftaran persendirian dikehendaki mengadakan mesyuarat Agung Khas masing-masing untuk membubarkan persatuan yang ada dengan menubuhkan cawangan baru MUBARAK di negeri berkenaan. Negeri- negeri yang terlibat ialah Melaka, Terengganu, Pahang dan Selangor.

 

 

 

 

 

\ LAMAN UTAMA /\ PROFAIL /\ ORGANISASI /\ AKTIVITI /\ AKHBAR /\ PENCERAMAH /\ MAKLUMBALAS /